"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Jumaat, 31 Oktober 2014

LAWATAN KE SELATAN THAILAND

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Rindunya dengan blog ni. Last update 8 Julai. Lebih kurang 4 bulan lepas. Kekangan keje membuatkan Hida tangguhkan dulu update blog. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan sepanjang Julai hingga Oktober, tapi Hida ambil yang latest je la kan.. :-)

Alhamdulillah, Hida baru balik dari Pattani, Thailand. Dapat arahan daripada Presiden dan Setiausaha Persatuan Alumni Suluh Budiman join Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN II sebagai urusetia. Seminar ni anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Fatoni serta Kementerian Pendidikan Thailand pada 25-26 Oktober 2014. Bas bertolak dari Tanjung Malim 9:30 pagi pada 24 Oktober 2014 sampai Pattani jam 9:30 malam (waktu Malaysia, 8:30 waktu Thailand). Kami menginap di Hotel C.S. Pattani. Kami singgah di Changloon kejap sebab Dato' VC (Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa) dan Ketua Pengarah DBP (Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan) nak join naik bas sama-sama. Terharu gitu.. Hehee..


Majlis perasmian dalam Dewan Namproa


Panel forum melibatkan 5 buah negera iaitu, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Korea

Melepasi sempadan di Bukit Kayu Hitam semuanya lancar (guna sistem, just scan je) hinggalah sempadan Thailand ambil sedikit masa kerana mereka masih menggunakan kaedah manual. Masa beratur tu, rasa teruja jap sebab duk di belakang Dato' VC dan Ketua Pengarah DBP. Mereka sporting dan very humble. Bukan senang nak duk dekat ngan orang berpengaruh ni..


Beratur untuk pemeriksaan imigresen bagi melepasi sempadan Malaysia

Bas UPSI hanya hantar kami kat sempadan Bukit Kayu Hitam, 4 buah van dari Universiti Fatoni pula ambil tugas. Dari sempadan 2 jam perjalanan ke Hotel. Kami di sambut oleh staf dan pelajar Universiti Fatoni. Ramah, lembut dan sopan santun. Hampir 15 jam perjalanan, perut pun perlu di isi, sebelum bilik di agihkan, kami dijemput makan malam. Memang terbaik la makanan mereka, tomyam putih, kerabu mangga, siakap 3 rasa, dll...


Pemandangan kawasan Hotel C.S dari bilik 211

Esoknya (25 Oktober 2014), selepas sarapan pendaftaran di buka untuk pembentang dan peserta. Hida dan 3 lagi yang pergi atas tiket urusetia terus masuk dewan perasmian, Semua tugas dilakukan oleh pelajar dan staff Universiti Fatoni. Hehee.. Bukan kami taknak jalankan tanggungjawab tapi itu permintaan mereka. So, sepanjang seminar Hida jadi peserta sepenuhnya. Masuk bilik2 pembentangan je. Sebelah petang, orang bentang Hida ngan staff Alumni ni siap pergi jalan2 sekitar Hotel tu lagi.. Takde apa pun sebab hari sabtu kedai banyak tutup. Kat sini tak susah nak cari kedai makan halal sebab 85% adalah melayu dan islam. Bahasa pertuturan pun bahasa melayu.  Masuk pasaraya Big C dah macam pasaraya kat Kelantan. Tapi security memang ketat, nak masuk kne scan badan. Kereta nak masuk parking pun kne scan dan check bonet. Demi keselamatan kan..

Ahad malam (26 Oktober 2014) kami di bawa melawat Universiti Fatoni. Memang teruja sangat tengok kawasan universiti. Tiada kata-kata kne tengok sendiri.. :-)


Pintu masuk utama Universiti Fatoni


Taklimat berkenaan Universiti Fatoni

Tepat jam 9 pagi waktu Thailand (27 Oktber 2014) kami berangkat untuk pulang. Sebelum pulang kami singgah beberapa kawasan seperti masjid tertua di Songkhla. Kami disambut dengan begitu meriah oleh penduduk kampung. Mereka semua bangsa melayu tapi tak berapa fasih berbasaha melayu. Kami pula tak reti bahasa Thai, so masing2 senyum2 je la.. :-)


Masjid berusia 100 tahun di Songkla


Bergambar bersama penduduk di sekitar masjid.. (Maaf jika maklumat tak tepat tntg kawasan)

Selepas itu, singgah di Makam Sultan Sulaiman Shah.. Kami teruskan perjalanan ke Sekolah Pondok di Hatyai iaitu Hatyai Wittayakarn School. Di sini, kami diberikan sedikit taklimat berkenaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Seterusnya ke Central Mosque of Songkhla, Persinggahan kami hanya sekejap sebab nak kejar masa tuk sampai ke sempadan. Bas UPSI menanti jam 6 petang (waktu Malaysia). Di sebabkan itu juga plan nak shopping di Hatyai terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah kami diberi kesempatan shopping di sempadan Thailang-Malaysia. :-)


Dapat bergambar depan signboard je


Gambar berlatar belakangkan Central Mosque of Songkhla.. Persekitaran masjid ni ada iras2 Taj Mahal.. Kalau nak kepastian try la google.. :-)


Bertemu mata dengan pentadbiran masjid


Taklimat tentang Hatyai Wittayakarn School
Lagi gambar update dari admin Facebook Hatyaiwittayakarn School


Dalam perjalanan pulang dapat whatsApp dari anak sedara dengan caption: "Mok cik femes dapat masuk TV3".. Tak tahu plak ada liputan dari TV3 Thailand.. (femes la sangat.. hahaaa)


Pattani.. 
Di sini aku belajar banyak perkara, banyak pengajaran yang aku perolehi. Mereka praktikkan nilai serta syariat agama dengan setulusnya. Niat mereka benar-benar ikhlas menuntut ilmu demi agama dan bangsa. Aku benar-benar rasa kerdil. Di sudut kecil hatiku bertanya, "bagaimana imanku? bagaimana akhlakku? apakah niatku?".. Universiti Fatoni dan masyarakat Pattani menimbulkan pelbagai persoalan dalam diriku. Siapa aku dan apa tujuan hidupku??   
(Haida Hida, Pattani - 24-27 Oktober 2014)


Alang-alang buku merah dah 'lahir' ni boleh la plan percutian  jauh2 sikit.. Hehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...