"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 19 Disember 2015

SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Baru beberapa jam dah rasa rindu kat anak didik. 18 Disember 2015 maka berakhirlah kelas bersama mereka. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang mengajar subjek MTE3012. Seperti entry aku sebelum ni iaitu 'Berakhirnya Oktober', aku memang berharap dapat bantu mereka semampu yang boleh. Hingga penghujung aku masih mengharap benda yang sama. 

Melihat hasil kerja mereka dengan pembentangan aku amat terharu. 14 minggu mereka dapat hasilkan tugasan yang diberi. Harapan aku agar mereka dapat praktikkan apa yang mereka perolehi dalam kelas MTE..

Ni pun baru siap tambah, tolak, bahagi, darab markah mereka. Aku plak yang nervess plus excited nak tengok hasil result mereka.

Okay, done!!!





Maaf jika ada salah silap, terkurang atau terlebih sepanjang pengajian.. Ikhlas saya katakan, saya gembira kenal kalian.. :)



Selamat maju jaya tuk semua!!!

Selasa, 15 Disember 2015

ICDETAH 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

 << Throwback Entry>>

22-26 November 2015, aku berkampung di Kuala Terengganu. Bukan untuk suka2 tapi ada tugasan yang perlu di laksanakan. Datang as a presenter dan juga urus setia di Seminar Antarabangsa. Tapi banyak kepada urus setia la. Tak sempat nak attend mana2 presentation. 


Tarikh: 23-26 November 2015
Tempat: Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, Malaysia.



My Presentaion Session

Bersama Pembentang dari Korea yang fasih berbahasa Melayu
Para urus setia bergambar bersama Exco Negeri Terengganu dan peserta dari Indoesia

Bersama Mantan Menteri Kanan Singapura, Tuan Haji Sidek Saniff

Urus Setia

Alhamduillah, inilah paper yang ke tiga untuk pengajian PhD... Okay, masa tuk fokus thesis dan jurnal.. :)

ALUMNI BERBAKTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

 << Throwback Entry>>


Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman

Bangunan Suluh Budiman (Dahulu)
Bangunan Suluh Budiman (Sekarang)
Bangunan Suluh Budiman yang membawa seribu satu makna buat Alumni SITC/MPSI/IPSI/UPSI. Sekarang bangunan ini dikenali sebagai Muzium Pendidikan Nasional

29 Novermber 2015 adalah tarikh keramat penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris Tapi percayalah ramai dikalangan pelajar UPSI sendiri tak tahu maksud 1922 yang terdapat di logo rasmi UPSI. Tarikh tersebut juga berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Walaubagaimanapun untuk tahun ini tiada pemilihan kerana ianya adalah 2 tahun sekali. 

Selain mesyuarat agung, PASB yang berkerjasama dengan Pusat Pehubungan Alumni juga mengadakan majlis makan malam bersama Alumni. Jom tengok gambar2 di hari tersebut.

Tarikh: 29 November 2015
Tempat: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI










Kanak-kanak bermain titi,
Main titi waktu pagi,
Alumni budiman alumni berbakti,
Tanah ibu kandung sedia menanti.

Sabtu, 5 Disember 2015

NAK BAHAGIA TAK??














Cuba tanya pada diri, "Nak bahagia tak??" Totally 100% jawapan YA kan... Walaupun kita sedar kehidupan tiada yang 100% manis. Kerna itu dalam hidup ini ada istilah 'MASAM MANIS KEHIDUPAN' atau 'HITAM PUTIH KEHIDUPAN' :)

Yang dpt result gempak,
Yang dpt result cukup makan,
Yang dpt belajar tinggi,
Yang belajar cukuplah SPM,
Yang senang dpt kerja,
Yang masih tercari2 dan ternanti2,
Yang ada jawatan besar,
Yang masih jadi kuli,
Yang muda2 dah bercinta ada pakwe/makwe,
Yang masih tak dapat merasa apa itu cintan cintun,
Yang dpt kawen awal,
Yang masih bertanya mana jodohku??
Yang dpt timang cahaya mata di awal perkahwinan,
Yang masih menunggu hingga bertahun2,
Yang dpt tambah zuriat,
Yang masih dengan sorang anak,
Yang dpt anak2 bijak dan comel,
Yang di uji dengan anak2 bermasalah,
Yang kehilangan insan tersayang...

Sedar tak kita yg itu semua nikmat dariNYA. Itu ujian dariNYA. Dan itu juga rezeki dariNYA. Dalam bentuk yg berbeza2.. Kita belajar apa itu SABAR. Kita belajar apa itu PENANTIAN.. So, jangan calarkan kesabaran itu....

Tak salah untuk bertanya tapi JADILAH BIJAK BILA BERTANYA... :) :)

Jumaat, 30 Oktober 2015

BERAKHIRNYA OKTOBER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hampir sebulan tak update blog. Oktober pun  dah ke penghujung. Oh November, oh My Thesis. Ok, hari ni rasa ada mood sikit nak update. Takde berita apa sangat. Lagipun aku baru balik dari berbengkel kat Shah Alam. 3 hari 2 malam. Agak penat tapi sebab bengkel capai target so penat tu pun hilang. Alhamdulillah. Aku ditugaskan sebagai jawatankuasa untuk penerbitan Coffeetable sempena Kongres Kebangsaan Alumni Pendidikan Negara yang akan di adakan pada 1 Disember 2015.

Balik dari bengkel semalam, singgah pekan Tanjung Malim cari tiket balik kampung. Alhamdulillah ada satu seat. Kalau tak menangis tak dapat balik kampung. Huhuu.. Sikit2 nangis. Bukan apa, sebab dah jnji ngan mak nak balik minggu depan. Kebetulan cuti mid sem kan. Kelas pun takde. Student balik, pengajar pun nak balik jugak.. Heheee..

Lupa nak update, Aku sekarang dapat tawaran sebagai pensyarah sambilan. Mengajar subjek ICT Competency. Overall aku suka sangat mengajar subjek ni. Aku takde la hebat sangat dalam bidang ICT ni tapi sekurangnya untuk subjek ni aku pun dapat belajar balik. Juga berkenaan blog. So excited. Aku suka kedua2 group yang aku ajar. Aku suka bila mereka banyak bertanya. Tak kisah dalam kelas atau group whatsapp.. Ada yang pesan kat aku,

"Kak... Budak2 ni jangan di layan sangat. Biar mereka berdikari"

Bagi aku, bila tengok mereka aku nampak diri sendiri yang baru nak bertatih mencari ilmu. So, apa salahnya kita sama2 belajar kan. Kita pernah jadi student macam mereka. Pernah rasa susah macam mereka. So, tak salah kita permudahkan urusan orang lain selagi kita mampu..




Kadang2 aku terhibur sendiri tengok conversation mereka dalam group whatsapp. Serius tengah stress pun blh gelak sebab kadang2 ayat2 mereka mencuit hati..

Ok la sampai sini dulu sbb bateri laptop tggal 10% lagi. Lupa bawa charger.. Huhuu..Pagi tadi pun lupa bawa thumb drive tuk nota nak ngajar. Dah berusia ni banyak betul lupa. :-)


Ahad, 20 September 2015

BURGER HITAM LOVEATS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Just nak berkongsi kelazatan burger yang lain daripada yang lain. Takde tempat lain kot. Confident je aku ni.. Sape nak rasa jom jalan-jalan cari makan ke Tanjung Malim. Ni dah kali ke-3 aku bertapak kat Loveats Gourment Burger Kitchen. Nak cari senang je, landmark UPSI kampus lama.

"UPSI tu apa??"

"Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim"

"Ada ke yang tanya UPSI tu apa?"

"Dah byk kali aku terkena orang tanya UPSI tu apa. So, better aku jawab siap2"

Berbalik pada burger tadi tiga2 kali aku ke sana set sama je aku order. Tak lain tak bukan 'The Phenomenon dan Iced Lemon Tea'.. Serius aku cakap, sos dia memang mengancam la. Sorry aku lpe nama sos. Cakap tak guna kalau takde bukti kan. So, tgk la gmbar kat bawah. Satu je sbb time aku pergi tu tgh lapar, mmg takde la nak snap byk2. Color tu takde la hitam sangat, lebih kurang color lumut je. Lumut?? Hahaaa.. Teringat kat kawan yang lama tak jumpa. 1st datang sini dulu ngan dia. Lumut tu pun dia yang selalu duk sebut masa kami mula2 nak makan.. Apa khabar la dia skrg..



















Kedai Loveats ni dekat je ngan rumah aku. Kalau jalan kaki dalam 10 minit gitu la. Tapi kalau nak makan burger ni aku kena pastikan aku betul2 lapar sebab boleh mengenyangkan.. Tu pendapat aku yang selalu order menu sama la.. Heheee..

Khamis, 10 September 2015

BERTAMBAH SETAHUN LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah tanggal 24 Ogos 2015, genaplah usiaku 32 tahun. Ya 32 tahun. Kejap je kan, rasa macam baru semalam abis SPM. Hahaaa..

Alhamdulillah dapat banyak ucapan dan doa dari keluarga dan teman2. Tak ketinggalan juga soalan2 cepu emas, perak dan gangsa. Terharu dapat ucapan dari bonda tercinta..

“Selamat hari jadi kak. Doh 32 tahun dop. Doa Mek moga kak panje umo, muroh rezeki serta di permudahkan segala urusan”

Ok, serius lepas tamat perbualan aku menangis. Tak puas ucap terima kasih dalam phone. Rasa nak peluk cium kerna jadi mak dan ayah yang terbaik di dunia. Segala ucapan yang selayaknya diterima pada hari itu adalah untuk mereka..

Ok, tak perlu sedih2.. Hehee

Sempena ulangtahun tu juga, Presiden Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) belanja birthday girl bersama exco dan staf Pusat Perhubungan Alumni (PPA). Double terharu aku hari tu. Dah la berjauhan dari family kan…




Bersama dari kiri: aku, Kak Tie, Kak Riana (Staf PPA), Dato’ Ahmad Burak (Presiden PASB a.k.a penaja makan2) dan Cik Nadia (Staf PPA). Yang ambil gambar Aidil (Setiausaha Eksekutif PASB)

Terima kasih banyak2 pada yang wish....

Selasa, 8 September 2015

MAJLIS HARI RAYA ALUMNI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Lamanya tak update blog. Ni pun 2 3 kali login baru berjaya. Biasa la buat sekian kalinya lupa password.

"Ko tak save ke??"

"Save tapi lupa letak mana.."

Hahahaa.. Naseb badan la kan..

Sebab banyak sangat benda nak share, kiranya aku ambil yang latest je la ya.. Tapi xde la latest sangat..

Nak share gmbar2 majlis hari raya Alumni UPSI yang berlangsung pada 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan SITC. Apa yang menarik?? Menariknya kami2 geng urusetia bekerjasama siapkan photo booth tuk majlis (kali pertama diberikan tugas). Idea asal dari Cik Liza, staff Alumni. Tepat jam 8:00 pagi kami mula jalankan projek dan jam 10:00 pagi tetamu mula membanjiri dewan. Bayangkanlah kepenatan kami pada hari tersebut. Xde la penat sangat, ianya lebih kepada gemantar, risau, takut.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Senyum sampai telinga bila NC pun sudi bergambar kat pentas photo booth kami..

Geng Urusetia


















Para tetamu..


















Aku dapat lucky draw.. But wakil je.. Hehee.. Yg berbaju oren tu President Persatuan Alumni Suluh Budiman, Dato' Ahmad Burak..




Antara jamuan yang disediakan..







Sekian, buat sementara waktu.. :)

"Yeaayyyy, HaiDa HiDa berjaya update status.." -  Kata2 dari dalam hati.. Hehehehe..

Rabu, 4 Februari 2015

AKU DAN 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Lama tak update. Banyak yang nak dikongsi tapi apa kan daya usia bertambah, ingatan pun terhakis sedikit demi sedikit. Straight to the point, lupa password. Hehee.. Dan akhirnya aku berjaya menjumpai kunci rumahku ini.. :-)

Bulan ke-2 di tahun 2015. 2015?? Selamat tahun baru, moga belum terlambat. Tahun yang ku nanti-nanti kan. Banyak impian dan harapan untuk 2015. Tercapai atau tidak kita tunggu hingga 31 Disember 2015.. Maka bertambahlah setahun lagi usiaku. 32? Apa ada pada angka kan. Tapi dengan angka itu moga aku tak leka dengan kehidupan yang semakin mengejar untuk matlamat yang satu iaitu KEMATIAN..

Tahun ke-3 aku dalam dunia pengajian PhD. Lebih tepat semester akhir secara officially. Tapi technically mungkin tambah satu semester lagi. Yang tu sukar tuk aku terima. Tapi apakan daya, dengan masalah-masalah yang cuba aku tepis akhirnya menguji aku. Aku tewas dan aku kecewa dengan diri sendiri kerna aku terlalu ikutkan emosi dan lemah dengan masalah tersebut.

Dari hari ke hari aku tahu betapa persekitaran menekan aku untuk terus melangkah. Tapi aku jua punya hati dan perasaan. Aku cuba dan terus mencuba. Satu ketika aku terdiam, dan mempersoalkan diri sendiri. Ya, aku terasa letih. Letih untuk hadapi semua ini. Tapi siapa yang faham. Tiada siapa yang dapat aku luahkan isi hati ini. Aku cuba tersenyum dan ketawa dengan riang. Ya, aku mampu lakarkan senyuman diwajah tetapi hati aku menangis.

Ya Allah…
Berikan aku kekuatan untuk terus tersenyum
Ya Allah…
Berikan aku kesabaran untuk mereka yang aku sayang
Ya Allah…
Indahnya kuntuman sebuah senyuman
Keindahannya mampu mencairkan resah dan gundah di hati

Sehingga satu saat aku terasa ingin mengalah. Tapi wajah-wajah kesayangan menjelma bagi menguatkan semangatku. Ya, wajah itu adalah kedua orang tua tercinta. Kerna mereka aku kuat. Kerna mereka aku masih bertahan.

Hari demi hari berlalu aku masih aku yang sama. Mungkin untuk kali ini aku menghitung 2015..

Adakah bahagia itu mampu menjadi milikku???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...