"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 20 September 2015

BURGER HITAM LOVEATS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Just nak berkongsi kelazatan burger yang lain daripada yang lain. Takde tempat lain kot. Confident je aku ni.. Sape nak rasa jom jalan-jalan cari makan ke Tanjung Malim. Ni dah kali ke-3 aku bertapak kat Loveats Gourment Burger Kitchen. Nak cari senang je, landmark UPSI kampus lama.

"UPSI tu apa??"

"Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim"

"Ada ke yang tanya UPSI tu apa?"

"Dah byk kali aku terkena orang tanya UPSI tu apa. So, better aku jawab siap2"

Berbalik pada burger tadi tiga2 kali aku ke sana set sama je aku order. Tak lain tak bukan 'The Phenomenon dan Iced Lemon Tea'.. Serius aku cakap, sos dia memang mengancam la. Sorry aku lpe nama sos. Cakap tak guna kalau takde bukti kan. So, tgk la gmbar kat bawah. Satu je sbb time aku pergi tu tgh lapar, mmg takde la nak snap byk2. Color tu takde la hitam sangat, lebih kurang color lumut je. Lumut?? Hahaaa.. Teringat kat kawan yang lama tak jumpa. 1st datang sini dulu ngan dia. Lumut tu pun dia yang selalu duk sebut masa kami mula2 nak makan.. Apa khabar la dia skrg..



















Kedai Loveats ni dekat je ngan rumah aku. Kalau jalan kaki dalam 10 minit gitu la. Tapi kalau nak makan burger ni aku kena pastikan aku betul2 lapar sebab boleh mengenyangkan.. Tu pendapat aku yang selalu order menu sama la.. Heheee..

Khamis, 10 September 2015

BERTAMBAH SETAHUN LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah tanggal 24 Ogos 2015, genaplah usiaku 32 tahun. Ya 32 tahun. Kejap je kan, rasa macam baru semalam abis SPM. Hahaaa..

Alhamdulillah dapat banyak ucapan dan doa dari keluarga dan teman2. Tak ketinggalan juga soalan2 cepu emas, perak dan gangsa. Terharu dapat ucapan dari bonda tercinta..

“Selamat hari jadi kak. Doh 32 tahun dop. Doa Mek moga kak panje umo, muroh rezeki serta di permudahkan segala urusan”

Ok, serius lepas tamat perbualan aku menangis. Tak puas ucap terima kasih dalam phone. Rasa nak peluk cium kerna jadi mak dan ayah yang terbaik di dunia. Segala ucapan yang selayaknya diterima pada hari itu adalah untuk mereka..

Ok, tak perlu sedih2.. Hehee

Sempena ulangtahun tu juga, Presiden Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) belanja birthday girl bersama exco dan staf Pusat Perhubungan Alumni (PPA). Double terharu aku hari tu. Dah la berjauhan dari family kan…




Bersama dari kiri: aku, Kak Tie, Kak Riana (Staf PPA), Dato’ Ahmad Burak (Presiden PASB a.k.a penaja makan2) dan Cik Nadia (Staf PPA). Yang ambil gambar Aidil (Setiausaha Eksekutif PASB)

Terima kasih banyak2 pada yang wish....

Selasa, 8 September 2015

MAJLIS HARI RAYA ALUMNI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Lamanya tak update blog. Ni pun 2 3 kali login baru berjaya. Biasa la buat sekian kalinya lupa password.

"Ko tak save ke??"

"Save tapi lupa letak mana.."

Hahahaa.. Naseb badan la kan..

Sebab banyak sangat benda nak share, kiranya aku ambil yang latest je la ya.. Tapi xde la latest sangat..

Nak share gmbar2 majlis hari raya Alumni UPSI yang berlangsung pada 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan SITC. Apa yang menarik?? Menariknya kami2 geng urusetia bekerjasama siapkan photo booth tuk majlis (kali pertama diberikan tugas). Idea asal dari Cik Liza, staff Alumni. Tepat jam 8:00 pagi kami mula jalankan projek dan jam 10:00 pagi tetamu mula membanjiri dewan. Bayangkanlah kepenatan kami pada hari tersebut. Xde la penat sangat, ianya lebih kepada gemantar, risau, takut.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Senyum sampai telinga bila NC pun sudi bergambar kat pentas photo booth kami..

Geng Urusetia


















Para tetamu..


















Aku dapat lucky draw.. But wakil je.. Hehee.. Yg berbaju oren tu President Persatuan Alumni Suluh Budiman, Dato' Ahmad Burak..




Antara jamuan yang disediakan..







Sekian, buat sementara waktu.. :)

"Yeaayyyy, HaiDa HiDa berjaya update status.." -  Kata2 dari dalam hati.. Hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...