"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 20 September 2015

BURGER HITAM LOVEATS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Just nak berkongsi kelazatan burger yang lain daripada yang lain. Takde tempat lain kot. Confident je aku ni.. Sape nak rasa jom jalan-jalan cari makan ke Tanjung Malim. Ni dah kali ke-3 aku bertapak kat Loveats Gourment Burger Kitchen. Nak cari senang je, landmark UPSI kampus lama.

"UPSI tu apa??"

"Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim"

"Ada ke yang tanya UPSI tu apa?"

"Dah byk kali aku terkena orang tanya UPSI tu apa. So, better aku jawab siap2"

Berbalik pada burger tadi tiga2 kali aku ke sana set sama je aku order. Tak lain tak bukan 'The Phenomenon dan Iced Lemon Tea'.. Serius aku cakap, sos dia memang mengancam la. Sorry aku lpe nama sos. Cakap tak guna kalau takde bukti kan. So, tgk la gmbar kat bawah. Satu je sbb time aku pergi tu tgh lapar, mmg takde la nak snap byk2. Color tu takde la hitam sangat, lebih kurang color lumut je. Lumut?? Hahaaa.. Teringat kat kawan yang lama tak jumpa. 1st datang sini dulu ngan dia. Lumut tu pun dia yang selalu duk sebut masa kami mula2 nak makan.. Apa khabar la dia skrg..



















Kedai Loveats ni dekat je ngan rumah aku. Kalau jalan kaki dalam 10 minit gitu la. Tapi kalau nak makan burger ni aku kena pastikan aku betul2 lapar sebab boleh mengenyangkan.. Tu pendapat aku yang selalu order menu sama la.. Heheee..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...