"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Jumaat, 30 Oktober 2015

BERAKHIRNYA OKTOBER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hampir sebulan tak update blog. Oktober pun  dah ke penghujung. Oh November, oh My Thesis. Ok, hari ni rasa ada mood sikit nak update. Takde berita apa sangat. Lagipun aku baru balik dari berbengkel kat Shah Alam. 3 hari 2 malam. Agak penat tapi sebab bengkel capai target so penat tu pun hilang. Alhamdulillah. Aku ditugaskan sebagai jawatankuasa untuk penerbitan Coffeetable sempena Kongres Kebangsaan Alumni Pendidikan Negara yang akan di adakan pada 1 Disember 2015.

Balik dari bengkel semalam, singgah pekan Tanjung Malim cari tiket balik kampung. Alhamdulillah ada satu seat. Kalau tak menangis tak dapat balik kampung. Huhuu.. Sikit2 nangis. Bukan apa, sebab dah jnji ngan mak nak balik minggu depan. Kebetulan cuti mid sem kan. Kelas pun takde. Student balik, pengajar pun nak balik jugak.. Heheee..

Lupa nak update, Aku sekarang dapat tawaran sebagai pensyarah sambilan. Mengajar subjek ICT Competency. Overall aku suka sangat mengajar subjek ni. Aku takde la hebat sangat dalam bidang ICT ni tapi sekurangnya untuk subjek ni aku pun dapat belajar balik. Juga berkenaan blog. So excited. Aku suka kedua2 group yang aku ajar. Aku suka bila mereka banyak bertanya. Tak kisah dalam kelas atau group whatsapp.. Ada yang pesan kat aku,

"Kak... Budak2 ni jangan di layan sangat. Biar mereka berdikari"

Bagi aku, bila tengok mereka aku nampak diri sendiri yang baru nak bertatih mencari ilmu. So, apa salahnya kita sama2 belajar kan. Kita pernah jadi student macam mereka. Pernah rasa susah macam mereka. So, tak salah kita permudahkan urusan orang lain selagi kita mampu..




Kadang2 aku terhibur sendiri tengok conversation mereka dalam group whatsapp. Serius tengah stress pun blh gelak sebab kadang2 ayat2 mereka mencuit hati..

Ok la sampai sini dulu sbb bateri laptop tggal 10% lagi. Lupa bawa charger.. Huhuu..Pagi tadi pun lupa bawa thumb drive tuk nota nak ngajar. Dah berusia ni banyak betul lupa. :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...