"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 19 Disember 2015

SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Baru beberapa jam dah rasa rindu kat anak didik. 18 Disember 2015 maka berakhirlah kelas bersama mereka. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang mengajar subjek MTE3012. Seperti entry aku sebelum ni iaitu 'Berakhirnya Oktober', aku memang berharap dapat bantu mereka semampu yang boleh. Hingga penghujung aku masih mengharap benda yang sama. 

Melihat hasil kerja mereka dengan pembentangan aku amat terharu. 14 minggu mereka dapat hasilkan tugasan yang diberi. Harapan aku agar mereka dapat praktikkan apa yang mereka perolehi dalam kelas MTE..

Ni pun baru siap tambah, tolak, bahagi, darab markah mereka. Aku plak yang nervess plus excited nak tengok hasil result mereka.

Okay, done!!!





Maaf jika ada salah silap, terkurang atau terlebih sepanjang pengajian.. Ikhlas saya katakan, saya gembira kenal kalian.. :)



Selamat maju jaya tuk semua!!!

Selasa, 15 Disember 2015

ICDETAH 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

 << Throwback Entry>>

22-26 November 2015, aku berkampung di Kuala Terengganu. Bukan untuk suka2 tapi ada tugasan yang perlu di laksanakan. Datang as a presenter dan juga urus setia di Seminar Antarabangsa. Tapi banyak kepada urus setia la. Tak sempat nak attend mana2 presentation. 


Tarikh: 23-26 November 2015
Tempat: Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, Malaysia.



My Presentaion Session

Bersama Pembentang dari Korea yang fasih berbahasa Melayu
Para urus setia bergambar bersama Exco Negeri Terengganu dan peserta dari Indoesia

Bersama Mantan Menteri Kanan Singapura, Tuan Haji Sidek Saniff

Urus Setia

Alhamduillah, inilah paper yang ke tiga untuk pengajian PhD... Okay, masa tuk fokus thesis dan jurnal.. :)

ALUMNI BERBAKTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

 << Throwback Entry>>


Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman

Bangunan Suluh Budiman (Dahulu)
Bangunan Suluh Budiman (Sekarang)
Bangunan Suluh Budiman yang membawa seribu satu makna buat Alumni SITC/MPSI/IPSI/UPSI. Sekarang bangunan ini dikenali sebagai Muzium Pendidikan Nasional

29 Novermber 2015 adalah tarikh keramat penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris Tapi percayalah ramai dikalangan pelajar UPSI sendiri tak tahu maksud 1922 yang terdapat di logo rasmi UPSI. Tarikh tersebut juga berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Walaubagaimanapun untuk tahun ini tiada pemilihan kerana ianya adalah 2 tahun sekali. 

Selain mesyuarat agung, PASB yang berkerjasama dengan Pusat Pehubungan Alumni juga mengadakan majlis makan malam bersama Alumni. Jom tengok gambar2 di hari tersebut.

Tarikh: 29 November 2015
Tempat: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI










Kanak-kanak bermain titi,
Main titi waktu pagi,
Alumni budiman alumni berbakti,
Tanah ibu kandung sedia menanti.

Sabtu, 5 Disember 2015

NAK BAHAGIA TAK??














Cuba tanya pada diri, "Nak bahagia tak??" Totally 100% jawapan YA kan... Walaupun kita sedar kehidupan tiada yang 100% manis. Kerna itu dalam hidup ini ada istilah 'MASAM MANIS KEHIDUPAN' atau 'HITAM PUTIH KEHIDUPAN' :)

Yang dpt result gempak,
Yang dpt result cukup makan,
Yang dpt belajar tinggi,
Yang belajar cukuplah SPM,
Yang senang dpt kerja,
Yang masih tercari2 dan ternanti2,
Yang ada jawatan besar,
Yang masih jadi kuli,
Yang muda2 dah bercinta ada pakwe/makwe,
Yang masih tak dapat merasa apa itu cintan cintun,
Yang dpt kawen awal,
Yang masih bertanya mana jodohku??
Yang dpt timang cahaya mata di awal perkahwinan,
Yang masih menunggu hingga bertahun2,
Yang dpt tambah zuriat,
Yang masih dengan sorang anak,
Yang dpt anak2 bijak dan comel,
Yang di uji dengan anak2 bermasalah,
Yang kehilangan insan tersayang...

Sedar tak kita yg itu semua nikmat dariNYA. Itu ujian dariNYA. Dan itu juga rezeki dariNYA. Dalam bentuk yg berbeza2.. Kita belajar apa itu SABAR. Kita belajar apa itu PENANTIAN.. So, jangan calarkan kesabaran itu....

Tak salah untuk bertanya tapi JADILAH BIJAK BILA BERTANYA... :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...