"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 15 Disember 2015

ALUMNI BERBAKTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

 << Throwback Entry>>


Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman

Bangunan Suluh Budiman (Dahulu)
Bangunan Suluh Budiman (Sekarang)
Bangunan Suluh Budiman yang membawa seribu satu makna buat Alumni SITC/MPSI/IPSI/UPSI. Sekarang bangunan ini dikenali sebagai Muzium Pendidikan Nasional

29 Novermber 2015 adalah tarikh keramat penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris Tapi percayalah ramai dikalangan pelajar UPSI sendiri tak tahu maksud 1922 yang terdapat di logo rasmi UPSI. Tarikh tersebut juga berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Walaubagaimanapun untuk tahun ini tiada pemilihan kerana ianya adalah 2 tahun sekali. 

Selain mesyuarat agung, PASB yang berkerjasama dengan Pusat Pehubungan Alumni juga mengadakan majlis makan malam bersama Alumni. Jom tengok gambar2 di hari tersebut.

Tarikh: 29 November 2015
Tempat: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI










Kanak-kanak bermain titi,
Main titi waktu pagi,
Alumni budiman alumni berbakti,
Tanah ibu kandung sedia menanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...