"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 19 Disember 2015

SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Baru beberapa jam dah rasa rindu kat anak didik. 18 Disember 2015 maka berakhirlah kelas bersama mereka. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang mengajar subjek MTE3012. Seperti entry aku sebelum ni iaitu 'Berakhirnya Oktober', aku memang berharap dapat bantu mereka semampu yang boleh. Hingga penghujung aku masih mengharap benda yang sama. 

Melihat hasil kerja mereka dengan pembentangan aku amat terharu. 14 minggu mereka dapat hasilkan tugasan yang diberi. Harapan aku agar mereka dapat praktikkan apa yang mereka perolehi dalam kelas MTE..

Ni pun baru siap tambah, tolak, bahagi, darab markah mereka. Aku plak yang nervess plus excited nak tengok hasil result mereka.

Okay, done!!!





Maaf jika ada salah silap, terkurang atau terlebih sepanjang pengajian.. Ikhlas saya katakan, saya gembira kenal kalian.. :)



Selamat maju jaya tuk semua!!!

2 ulasan:

Nur Bahirah Badarudin berkata...

Kami lagi bertuah dapat lecturer macam cik. Terima kasih sangat2 cik, atas jasa baik sudi mengajar kami, bakal2 cikgu ini ^_^

HaiDa HiDa berkata...

@Nur Bahirah Badarudin:
Sama2.. Saya sentiasa doakan yang terbaik tuk kalian semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...